Salam semua...
Bertolak dari JMTI pukul 8.45 pagi. Sampai di Kem Palas, Yan dalam pukul 10 lebih. Hujan gerimis menyambut kedatangan ahli2 jpa3 ke situ. Bas2 hanya boleh hantar ditepi jalan kerana jalan yang ada tidak sesuai untuk dilalui. Ahli2 terpaksa berjalan kaki masuk ke kem yang berada 500 meter ke dalam. Sebaik tiba di sana, semua ahli diberi tempat penginapan mereka sepanjang berada di kem ini di mana ahli2 puteri di dalam rumah papan yang bertiang dan bertangga tinggi. Dan ahli2 putera di dalam rumah panjang... dan ada yang tidur di dalam khemah yang disediakan.
Selepas itu, sesi taklimat mengenai kem ini dan serba sedikit peraturan 'do n don't' dibuat oleh urusetia yang bertugas iaitu En Romzi. Selepas taklimat semua peserta makan tengah hari dan bersolat zohor.


aktiviti melepaskan diri daripada tali2 yang terikat ditangan
kena cari kasut masing2...
Sebelah malam pula, ahli2 diberi ceramah balutan dan pertolongan cemas. Macam2 jenis balutan dipelajari seperti balutan pada dada, tangan, kaki dan juga kepala bersesuaian dengan jenis2 kecederaan yang dialami.
macam2... balutan yang dipelajari... :)
0 komen :):
Post a Comment